Thursday 9 June 2016

Supplement Shaklee : 2016 RAMADHAN COMBO SET

Alhamdulillah bulan yang kita tunggu telah tiba. Semoga ibadah kita berkali ganda banyak di bulan mulia ini.
Ini ada sedikit ‪#‎tips‬ berpuasa dengan sihat dan cergas dengan pengambilan supplimen shaklee.



=========
ESP 2 sudu besar + 1 sudu besar mealshake/ milo / susu

Makan kurma
Makan sket nasi pun boleh.
Tak lalu nasi, ESP dah cukup serta bantu elak ‪#‎gastrik‬ insyaAllah
Vitalea 1 biji
Vita C 2 biji
Bcomplex 1 biji 
Alfalfa 5 biji

.

SELEPAS BERBUKA
==============
BComplex 1 biji
Lecithin 3 biji 
Vitalea 1 biji


SELEPAS MOREH
============
Ostematrix 4 tabs
Alfalfa 5 biji


Lagi bagus berbuka minum ‪#‎Performancedrink‬ untuk rehidrasi badan supaya balance bendalir dalam badan setelah seharian puasa.

Bawalah bekal sebotol ‪#‎performance‬ untuk minum ketika solat terawih. InshAllah nak terawih pun ‪#‎bertenaga‬ 
💪
.
Mudahan kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan mudah dan sihat Amin...

Insyaallah ...


Your beauty & health consultant

Syuhada Shaklee

013-931 0481

FB Pages : My Beauty Vitamin
Instagram : Syuhadalee_

😊

Wednesday 8 June 2016

Product Review - SIMPLE FACIAL SCRUB

Kali ini saya nak kongsi salah satu skincare produk yang saya biasanya guna untuk penjagaan kulit muka. Dalam banyak-banyak scrub dekat Watsons tu, saya tertarik dengan Produk dari SIMPLE. Range harga pun sangat mampu milik just around RM 20.00 ++.. 



Di sini saya kongsikan sendiri rutin penjagaan kulit wajah saya dengan scrub nie. Saya cuma pakai hanya seminggu sekali. Setkan dalam planner setiap hari sabtu. Ya cuma seminggu sekali. Tapi bagi sesetengah yang mempunyai masalah kulit muka yang serius elok repeat 2x seminggu. TAPI perlu ingat scrub muka tidak boleh dipakai dengan kerap dalam seminggu kerana scrub tersebut akan membuatkan kulit muka kering jika dipakai dengan kerap..



Bersempena dengan Bulan Ramadhan yang mulia, saya share sedikit tips dari Simple Skincare Malaysia sendiri;



Sebagai perubahan diet semasa berpuasa, kita perlu mengambil tindakan pencegahan tambahan untuk kekalkan kulit lembap.


Produk Skincare dari SIMPLE adalah dari jenis yang tidak mengeringkan kulit kerana ia;

  • tiada alkohol
  • tiada warna atau pewangi tiruan
  • tiada bahan kimia keras
Produk skincare nie anda boleh dapatkan di pasaraya
CARiNG PHARMACY,  Guardian Malaysia dan Watsons Malaysia





Antara skincare basic dari Brand SIMPLE (Brand no. 1 UK)


  • FACIAL WASH
  • TONER
  • FACIAL WIPES


Nie lah skrub yang saya guna sekarang. Skrub yang boleh mencuci kulit muka dengan sangat bersih plus lembut pada kulit. Lepas pakai, walaupun saya sapu kuat-kuat tetap tak ada merah-merah atau pedih pada kulit. Untuk siapa yang nak cari Skrub muka saya suggest Brand SIMPLE. Very recommended + affordable price.
Alhamdulillah, bila kita konsisten bersihkan kulit muka, jerawat dengan bintik-bintik hitam pun malu-malu nak naik.hee ~~




Tuesday 7 June 2016

Tip Elak Makan Berlebihan Semasa Berbuka Puasa

Alhamdulillah, hari nie dah masuk hari kedua umat Islam berpuasa. Mudah-mudahan Ibadah berpuasa kita pada tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya, berserta juga amalan-amalan kita. Di sini saya kongsikan serba sedikit tips-tips dari Cikgu Fitness Malaysia bagi mengelakkan dari makan berlebihan semasa berbuka puasa. Kalau dah namanya bulan puasa, hmmm paham-paham je lah hehee.. Especially bagi yang nak maintain + nak turunkan berat badan dalam bulan puasa nie..

1. Bermula dengan kurma …
Kurma istimewa dengan gabungan gula ringkas (tenaga cepat) dan serat (tenaga lebih lama) untuk bolehkan anda solat Maghrib terlebih dahulu sebelum makan betul2. Kurma juga kaya dengan potassium untuk bantu stabilkan bendalir badan setelah berpuasa sehari.

Ingat: Kurma tetap berkalori. Jangan 10 biji hehe heee… 1-3 kurma saiz sederhana sudah cukup untuk bekalan tenaga dan alas perut bagi mereka yang ingin tunaikan solat maghrib terlebih dahulu.

2. The 20 minit Rule!
Dari suapan kurma semasa berbuka sehingga berasa kenyang ambil masa 20minit. Kalau anda belasah makanan sepanjang 20minit, barangkali besar anda akan makan berlebihan. Jadi makan dulu dan faham bahawa rasa kenyang datang selepas lebih-kurang 20mini)
Sunnah Nabi S.A.W pun menyatakan “berhenti lah makan sebelum kenyang”

3. Target Kalori: dalam 700kcal
Target pengambilan kalori untuk berbuka dalam lingkungan 700kcal. Tapi tak kira betapa sedap kuih-muih dan manis-manisan yang disediakan, bermula lah dengan hidangan yang seimbang untuk kawal nafsu makan dan elak makan berlebihan, pilih:
Segenggam sumber karbohidrat: nasi, bihun, kentang, mee, roti dll.
Sumber protein yang berkualiti: seperti ayam, ikan, tofu, daging dll.
Sumber serat: seperti sayur, kekacang, buah-buahan dll
Last sekali baru makan sikit kuih & manis-manisan.

4. Tiga Jenis Air
Semasa berbuka, saya selalu ada tiga jenis air.
Air panas: Ini biasa untuk berbuka. Ini untuk bantu “panaskan” sistem penghadaman yang telah berehat lebih kurang 12jam.Tapi tak lah panas mendidih.
Air kosong: Ya untuk dahaga lah kan dan ia tidak berkalori.Apa-apa pun tak perlu terus belasah 3-4 gelas air - nanti buncit perut dan tak selesa. Take it slow and easy. 
Air manis: Untuk air manis, nasihat saya, minum last sekali. Ini untuk nafsu tapi kalau berlebihan, kalori pun berlebihan,

5. Buffet 
Tip: Sebelum berbuka, recce hidangan buffet terlebih dahulu dan cuba rancang nak makan apa. Bajet sikit ruang untuk manis-manisan dan ingat tip “20 minit”.