Friday 27 May 2016

Belajar Menjahit

Sekadar berkongsi minat diri sendiri sejak kecil. Saya memang minat sangat-sangat dalam dunia jahitan. Tapi apekan daya sifat MALAS mengatasi segala-galanya. Memang perlu sangat motivasi dalam diri untuk aktif dengan apa yang saya suka. Sekarang nie pn selalu sangat search Google berkenaan cara/rutin harian seorang wanita berkerjaya. Tapi saya sendiri pun belum kahwin. Pelik kan hehe… sebenarnya memang sengaja cari pasal wanita yang dah berkahwin..ye lah, dah tentunya jadual untuk seorang wanita yang ada suami, anak-anak, keluarga plus bekerja sememangnya sibuk setiap hari. That’s why saya meletakkan mereka-mereka nie sebagai benchmark (betul tak ejaannya? Hehee). Mungkin jugak sedikit persediaan untuk bergelar isteri satu hari nanti.. INSYAALLAH…

Berbalik pada tajuk utama, hehee… Sebenarnya pada Bulan Oktober 2015 saya ada membeli sebuah mesin jahit JANOME HARMONY 2049 di Pusat Kraftangan Epal, Cawangan Kuantan. Untuk pengetahuan anda, Pusat Kraftangan Epal adalah ejen tunggal bagi mesin jahit jenama JANOME di Malaysia. Apabila kita membeli mesin jahit di mana-mana Cawangan Pusat Kraftangan Epal nie, secara automatik kita layak untuk menjalani KURSUS MENJAHIT PERCUMA selama setahun. Projek jahitan akan diadakan berlainan tiap-tiap bulan. Selesai semua 12 projek jahitan (1 projek X 12 bulan) kita layak mendapat sijil daripada pihak EPAL.
Saya adalah salah seorang yang masih menjalani kursus nie. Sangat best apabila waktu belajar adalah fleksible megikut keinginan kita. Saya boleh datang hari apa yang saya suka malah pada bila-bila masa (Pusat EPAL Kuantan tutup setiap hari Isnin). So, disebabkan saya bekerja pada weekdays, sy biasanya akan ke Pusat EPAL pada sabtu atau ahad.

Gambar mesin jahit Janome Harmony 2049

sumber dari google

Saya bukanlah ditaja mahupun dibayar untuk mempromosi kan Pusat Kraf nie. Sekadar berkongsi cerita dan minat buat readers yang tercari-cari tempat yang sesuai untuk belajar menjahit. Kat bawah nie senarai Cawangan Pusat Kraftangan EPAL Seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut boleh lawat di sini http://epal.com.my/
Klik sini untuk mengetahui cawangan-cawangan PUSAT KRAFTANGAN EPAL SELURUH MALAYSIA
INSYAALLAH next entry saya akan kongsikan lebih banyak mengenai MESIN JAHIT JANOME YANG SAYA BELI DI PUSAT KRAFTANGAN EPAL.
Sehingga ketemu..
ALHAMDULILLAH,

SHUHADAH