Wednesday 8 June 2016

Product Review - SIMPLE FACIAL SCRUB

Kali ini saya nak kongsi salah satu skincare produk yang saya biasanya guna untuk penjagaan kulit muka. Dalam banyak-banyak scrub dekat Watsons tu, saya tertarik dengan Produk dari SIMPLE. Range harga pun sangat mampu milik just around RM 20.00 ++.. 



Di sini saya kongsikan sendiri rutin penjagaan kulit wajah saya dengan scrub nie. Saya cuma pakai hanya seminggu sekali. Setkan dalam planner setiap hari sabtu. Ya cuma seminggu sekali. Tapi bagi sesetengah yang mempunyai masalah kulit muka yang serius elok repeat 2x seminggu. TAPI perlu ingat scrub muka tidak boleh dipakai dengan kerap dalam seminggu kerana scrub tersebut akan membuatkan kulit muka kering jika dipakai dengan kerap..



Bersempena dengan Bulan Ramadhan yang mulia, saya share sedikit tips dari Simple Skincare Malaysia sendiri;



Sebagai perubahan diet semasa berpuasa, kita perlu mengambil tindakan pencegahan tambahan untuk kekalkan kulit lembap.


Produk Skincare dari SIMPLE adalah dari jenis yang tidak mengeringkan kulit kerana ia;

  • tiada alkohol
  • tiada warna atau pewangi tiruan
  • tiada bahan kimia keras
Produk skincare nie anda boleh dapatkan di pasaraya
CARiNG PHARMACY,  Guardian Malaysia dan Watsons Malaysia





Antara skincare basic dari Brand SIMPLE (Brand no. 1 UK)


  • FACIAL WASH
  • TONER
  • FACIAL WIPES


Nie lah skrub yang saya guna sekarang. Skrub yang boleh mencuci kulit muka dengan sangat bersih plus lembut pada kulit. Lepas pakai, walaupun saya sapu kuat-kuat tetap tak ada merah-merah atau pedih pada kulit. Untuk siapa yang nak cari Skrub muka saya suggest Brand SIMPLE. Very recommended + affordable price.
Alhamdulillah, bila kita konsisten bersihkan kulit muka, jerawat dengan bintik-bintik hitam pun malu-malu nak naik.hee ~~




No comments:

Post a Comment